semoga ditambah keimanan di dalam jiwa setiap insan..
semalam ana dapat sepucuk surat daripada kawan ana,
seronok sangat hingga tidak terhingga...
dalam surat tersebut ada sebuah puisi..
untuk kali ni, ana nak kongsi puisi tersebut sahaja..
TEMAN...aku ingin..
Teman yang disayangi,
aku ingin kita seperti Abu Bakat al-siddiq,
persahabatan dijalinkan kerana al-khaliq,
harta dikorban bukan sedikti,
cintakan kebenaran, sanggup bersakit.
Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
menyakini Allah sabagi penjaga.
Aku ingin antara kita seorang Umar,
berdiri tatkal tunduknya manusia,
bersuara tatkala tunduknya mereka,
menggerunkan musuh durjan.
Serta senyuman Syed al-Qubt,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
roh dakwahnya tidak surut.
Aku impikan kita setenguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersam ibu tua,
lantas syahid,rohnya ker syurga.
Marilah kita menyemaikan benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegarkan dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.
Aku cintakan pemuda Giffani,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kita harum menwangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
sebermak kasturi.
Aku ingin persahabtan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Masyar nanti.
AMIN YA RABBAl ALAMIN....
walaupun puisi tersebut bukan dikarangi olehnya sendiri namun ia amat berharga untuk ana..
sangat-sangat...
semoga kita teman dapat menjadi seperti tersebut...
TERIMA KASIH SAHABAT...!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
ameen... :)!
ReplyDeletesaya suka sangat puisi tu.
takpe2, nnti saya cuba juga karang satu puisi khas untuk awak.. pastu hntr melalui surat.
Insya Allah.. :)
biar awak terharu saya keluar air mata gitu..
hehe
amboi...
ReplyDeletesy x kisah pown..
yang sy harap ikhlas dari lubuk hati awk..
syukran jazilan ya sodiki...