AHLAN WASAHLAN...

Salam semua..terima kasih sebab sudi mengjeguk blog yang tak xeberapa ni..kedatangan anda amat ana hargai..semoga antum semua dirahmati Allah hendaknya..Amin...

Sunday, December 26, 2010

nilai sebuah pujian...

salam,
semoga ditambah keimanan dalam diri,
ada sebuah cerita yang ana nak kongsi,
tapi ana ambil dalam sebuah buku 'Mencari Makna Hidup-Parlindung Marpaung'

Di dalam sebuah kelas darjah 6 di sebuah sekolah rendah, murid2 sedang menyambut hari kelahiran seorang gurunya. Beberapa anak muridnya menyampaikan ucapan selamat hari jadi,ada juga yang memberi kad ucapan serta tidak kurang juga yang memberi hadiah kepada gurunya. Tidak disangka2 seorang anak murid daripada keluarga miskin memberi bungkusan kecil kepada gurunya sebagai ucapan selamat hari lahir kepada gurunya. Anak murid ini berasal daripada keluarga biasa-biasa sahaja. Sebagai anak pekerja bawahan, tentu rakan sekelasnya tertanya2 bagaimana dia mendapat wang untuk membeli hadiah untuk gurunya.
Murid itu menjadi orang terakhir yang menyerahkan  bungkusan hadiah kepada gurunya lalu seluruh kawan sekelasnya bersorak,"Buka...buka..buka...!". Mereka berharap guru yang sedang menyambut hari lahirnya membuka hadiah itu. Tujuan mereka bukanlah kerana mereka ingin mengetahu apa isi kandunganya tetapi untuk mengejek pemberian murid tersebut. Sambil tersenyum kecil, guru itu membuka ballutan hadiah , beliau menarik keluar sebotol minyak wangi yang separuh kandunganya dan seutas rantai yang lusuh warnanya. Guru itu menyembur sedikit wangian itu dan menyarung rantai itu ke lehernya. Seluruh kelas terdiam melihat tingkah laku gurunya. Dengan tersenyum guru itu berkata,"Terima kasih wahai muridku" Semua di dalam kelas itu serentak bertepuk tangan.
Selepas tamat waktu sekolah,murid itu menghampiri gurunya dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menerima hadiah yang tidak seberapa itu. Guru itu bertanya mengapa dia memberi hadiah tersebuat walaupun tidak lengkap. Dengan nada sedih, murid itu berkata kepada gurunya, bahawa semua tiu milik ibunya yang sudah meninggal dunia. Dia rela memberi semua itu kepada gurunya.
Dia berkata semenjak ibunya meninggal, dia hampir putus asa dan merancang untuk berhenti sekolah. Itu sebabnya mengapa dia memberi hadiah tersebut sebagai kenangan terakhir. Namun, selepas guru itu menerima hadiahnya dengan gembira, dia mengubah niatnya.
Lima tahun kemudian, guru itu menerima sepucuk surat daripada muridnya yang pernah memberikan hadiah pada hari lahirnya. Surat itu ditulis"Terima kasih, cikgu!Saya sudah pun menamatkan sekolah menengah. Semuanya kerana jasa cikgu pernah menerima hadiah saya dulu"
Tiga tahun kemudian....
Guru tadi menerima sepucuk surat lagi daripada bekas muridnya. Dia memberitahu dia berjaya menamatkan sekolah tingginya kerana guru itu pernah menerima hadiahnya dulu.
Enam tahun kemudian.....
guru itu menerima kiriman gambar ijazah daripada bekas anak muridnya dulu. Pada gambar itu tertulis kata-kata,"Khas buat guru ku dikasihi, baju toga ini adalah kerana cikgu pernah menerima hadiah saya dahulu waktu saya dajah 6 , sekiranya diizankan tuhan, mohon doa restu cikgu kerana saya bakal menyambung pengajian peringkat doktor."

ha...macam mana ...
dapat tangkap maksudnya apa...
sebenarnya begini..
kata2 yang mengbangun dan menghargai orang lain dapat memberi kesan yang mendalam terhadap seseorang hingga mengubahkan nasib dan hidup seseorang. Begitu lah sebaliknya..lidah yang kecil dapat menguris luka yang dalam di hati ataupun menumbuhkan harapan hidup yang lebih baik.


Bruce Barton pernah berkata"Sama ada baik ataupun buruk,percakapan anda adalah iklan diri sendiri. Setiap kali anda berkata-kata,anda membiarkan orang lain menilaikan diri anda. Tutup mulut anda dan orang lain tidak tahu betapa ceteknya pengatahuan anda. Buka mulut, kecetekan pengetahuan anda tidak diragui."


Ingatlah..kata2 ini dimasukkan ke dalam memori jangka pendek..jika diasyik ulung2 ia akan masuk ke dalam memori jangka panjang. Itulah sebabnya kita haruslah berhati2 ketika bercakap atau berkata2...
Memberi pujian tidak perlu wang ringgit. Hanyalah perlu hati yang ikhlas bagi memulakannya dengan prinsip tidak membezakan2 orang lain.

2 comments: