AHLAN WASAHLAN...

Salam semua..terima kasih sebab sudi mengjeguk blog yang tak xeberapa ni..kedatangan anda amat ana hargai..semoga antum semua dirahmati Allah hendaknya..Amin...

Wednesday, December 29, 2010

SELAMAT TINGGAL 2010..SELAMAT DATANG 2011...

Bismillahirahmanirahim....

Semoga sahabat semua sihat belaker dan ditambah dengan keimanan di dalam hati.

Pejam celik,pejam celik..
tak sangka tahun yang kita alami sekarang ni sudah hendak berakhir rupanya.

Tahun depan adalah tahun yang mendebarkan ana sebab ana ambil PMR..
tahun depan adalah tahun yang lagi mendebarkan kedua ibu bapa ana sebab tahun depan dua orang anak mereka mengambil peperiksaan yang besar,
ana ambil PMR,
adik ana Aiman ambil UPSR.
Phew!

Ana pun tak tahu macam mana tapi itulah hidup,
semakin usia kita makin panjang,
semakin dekat ajal mendatang.

Cuba kita renungkan..
pada tahun 2010 ini..
apakah telah kita lakukan untuk menambahkan iman di dada,
mendekatkan diri kita pada yang Esa,
menjadi seseorang pejuang ilmu dengan menyebarkan dakwah..
ataupun...
menjadi seorang kaki lepak yang tegar,
menjadi seorang kaki ponteng,
malas belajar.

Mana satukah antara di atas yang telah anda lakukan,
yang baik ATAUPUN yang buruk...

Pada awal tahun 2010,
setiap insan menanamkan azam yang baru pada dirinya,
sudah tentu,
termasuklah ana,
namun pernahkah kita meresasikan azam tersebut
atau
hanyalah ditiup angin sahaja..

Mungkin ada yang melakukanya,
tapi hanya segelintir sahaja...
ingat..

IMPIAN - USAHA = ANGAN-ANGAN
USAHA - IMPIAN = SIA-SIA
 hanyalah

IMPIAN + USAHA
membuahkan
KEJAYAAN...

tidak perlu hanyalah dengan
AKU INGIN MENDAPAT KERETA FERRARI
tanpa usaha untuk mendapatkanya,
tidak perlulah dengan hanya
AKU MAHU MENJEJAK KE UNIVERSITI MALAYA
tanpa usaha dengan rajin belajar dengan cara yang betul.

Kalau semua kenyataan di atas dilakukan oleh semua orang..
apa yang terjadi hanyalah..
SIA-SIA BELAKA..

KETUK HATI,
TANYA IMAN,
KETUK DADA,
TANYALAH AKAL.

Tidak semua menyedari sikap tersebut,
bagi mereka,
"Alah aku dah buat yang terbaik dah"
"Alah nanti aku buat la"
"Alah esokkan ada lagi, apa nak cepat sangat"

NYAHKAN sikap buruk itu,
kita tanam sikap yang positif,
BUANGKAN perkataan yang negatif,
kita mulakan dengan perkataan yang baik.

Tidak perlulah terlalu kuat bekerja
sehingga menjadi stress,tertekan,
YA! memang adat dunia,
belajar sampai tertekan,
bekerja sampai stress,
namun kita dapat mengubahnya,
hanyalah dengan
mendekatkan diri kita padaNya.

Namun jikalau ada usaha namun tiada impian,
sia-sia belaka,

IBARAT MEMANDU TANPA HALA TUJU ATAU DESTINI YANG BETUL

Ikut jer nak kemana,
kalau jalan belok,
kita belok,
jalan lurus,
luruslah,
hanyalah habiskan minyak dan tenaga,
kalau begitu baiklah duduk di rumah,
berehat sahaja sepanjang hari.

Jadi apa kata sempena tahun baru ini,
kita tanam azam baru,
kita bangkit semangat baru,
kita tiupkan motivasi dalam diri,

YANG PASTI
KITA MESTI YAKIN BAHAWA KITA BOLEH BUAT.

"If you believe you will achive"


Tuesday, December 28, 2010

puisi kawan sahabat,kawan,teman...

salam...
semoga ditambah keimanan di dalam jiwa setiap insan..
semalam ana dapat sepucuk surat daripada kawan ana,
seronok sangat hingga tidak terhingga...
dalam surat tersebut ada sebuah puisi..
untuk kali ni, ana nak kongsi puisi tersebut sahaja..


TEMAN...aku ingin..

Teman yang disayangi,
aku ingin kita seperti Abu Bakat al-siddiq,
persahabatan dijalinkan kerana al-khaliq,
harta dikorban bukan sedikti,
cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
menyakini Allah sabagi penjaga.

Aku ingin antara kita seorang Umar,
berdiri tatkal tunduknya manusia,
bersuara tatkala tunduknya mereka,
menggerunkan musuh durjan.

Serta senyuman Syed al-Qubt,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku impikan kita setenguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersam ibu tua,
lantas syahid,rohnya ker syurga.

Marilah kita menyemaikan benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegarkan dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffani,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum menwangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
sebermak kasturi.

Aku ingin persahabtan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Masyar nanti.

AMIN YA RABBAl ALAMIN....

walaupun puisi tersebut bukan dikarangi olehnya sendiri namun ia amat berharga untuk ana..
sangat-sangat...
semoga kita teman dapat menjadi seperti tersebut...

TERIMA KASIH SAHABAT...!




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, December 26, 2010

nilai sebuah pujian...

salam,
semoga ditambah keimanan dalam diri,
ada sebuah cerita yang ana nak kongsi,
tapi ana ambil dalam sebuah buku 'Mencari Makna Hidup-Parlindung Marpaung'

Di dalam sebuah kelas darjah 6 di sebuah sekolah rendah, murid2 sedang menyambut hari kelahiran seorang gurunya. Beberapa anak muridnya menyampaikan ucapan selamat hari jadi,ada juga yang memberi kad ucapan serta tidak kurang juga yang memberi hadiah kepada gurunya. Tidak disangka2 seorang anak murid daripada keluarga miskin memberi bungkusan kecil kepada gurunya sebagai ucapan selamat hari lahir kepada gurunya. Anak murid ini berasal daripada keluarga biasa-biasa sahaja. Sebagai anak pekerja bawahan, tentu rakan sekelasnya tertanya2 bagaimana dia mendapat wang untuk membeli hadiah untuk gurunya.
Murid itu menjadi orang terakhir yang menyerahkan  bungkusan hadiah kepada gurunya lalu seluruh kawan sekelasnya bersorak,"Buka...buka..buka...!". Mereka berharap guru yang sedang menyambut hari lahirnya membuka hadiah itu. Tujuan mereka bukanlah kerana mereka ingin mengetahu apa isi kandunganya tetapi untuk mengejek pemberian murid tersebut. Sambil tersenyum kecil, guru itu membuka ballutan hadiah , beliau menarik keluar sebotol minyak wangi yang separuh kandunganya dan seutas rantai yang lusuh warnanya. Guru itu menyembur sedikit wangian itu dan menyarung rantai itu ke lehernya. Seluruh kelas terdiam melihat tingkah laku gurunya. Dengan tersenyum guru itu berkata,"Terima kasih wahai muridku" Semua di dalam kelas itu serentak bertepuk tangan.
Selepas tamat waktu sekolah,murid itu menghampiri gurunya dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menerima hadiah yang tidak seberapa itu. Guru itu bertanya mengapa dia memberi hadiah tersebuat walaupun tidak lengkap. Dengan nada sedih, murid itu berkata kepada gurunya, bahawa semua tiu milik ibunya yang sudah meninggal dunia. Dia rela memberi semua itu kepada gurunya.
Dia berkata semenjak ibunya meninggal, dia hampir putus asa dan merancang untuk berhenti sekolah. Itu sebabnya mengapa dia memberi hadiah tersebut sebagai kenangan terakhir. Namun, selepas guru itu menerima hadiahnya dengan gembira, dia mengubah niatnya.
Lima tahun kemudian, guru itu menerima sepucuk surat daripada muridnya yang pernah memberikan hadiah pada hari lahirnya. Surat itu ditulis"Terima kasih, cikgu!Saya sudah pun menamatkan sekolah menengah. Semuanya kerana jasa cikgu pernah menerima hadiah saya dulu"
Tiga tahun kemudian....
Guru tadi menerima sepucuk surat lagi daripada bekas muridnya. Dia memberitahu dia berjaya menamatkan sekolah tingginya kerana guru itu pernah menerima hadiahnya dulu.
Enam tahun kemudian.....
guru itu menerima kiriman gambar ijazah daripada bekas anak muridnya dulu. Pada gambar itu tertulis kata-kata,"Khas buat guru ku dikasihi, baju toga ini adalah kerana cikgu pernah menerima hadiah saya dahulu waktu saya dajah 6 , sekiranya diizankan tuhan, mohon doa restu cikgu kerana saya bakal menyambung pengajian peringkat doktor."

ha...macam mana ...
dapat tangkap maksudnya apa...
sebenarnya begini..
kata2 yang mengbangun dan menghargai orang lain dapat memberi kesan yang mendalam terhadap seseorang hingga mengubahkan nasib dan hidup seseorang. Begitu lah sebaliknya..lidah yang kecil dapat menguris luka yang dalam di hati ataupun menumbuhkan harapan hidup yang lebih baik.


Bruce Barton pernah berkata"Sama ada baik ataupun buruk,percakapan anda adalah iklan diri sendiri. Setiap kali anda berkata-kata,anda membiarkan orang lain menilaikan diri anda. Tutup mulut anda dan orang lain tidak tahu betapa ceteknya pengatahuan anda. Buka mulut, kecetekan pengetahuan anda tidak diragui."


Ingatlah..kata2 ini dimasukkan ke dalam memori jangka pendek..jika diasyik ulung2 ia akan masuk ke dalam memori jangka panjang. Itulah sebabnya kita haruslah berhati2 ketika bercakap atau berkata2...
Memberi pujian tidak perlu wang ringgit. Hanyalah perlu hati yang ikhlas bagi memulakannya dengan prinsip tidak membezakan2 orang lain.

alhamdullilah PMR cemerlang

salam semua,
syukur ke hadrat ilahi,
PMR sekolah ana dpt tempat ke-4 rangking seluruh MRSM,
tahun depan x tahu lagi la macam maner,
tahun depan ana yang ambil PMR pulak,
pengetua dah taruh harapan yang tinggi terhadap budak2 Ulul Albab,
insya-ALLAH,
tahun batch ana akan buat yang terbaik,
Amin.....

                                            PMR 2010 Cemerlang













"Syukur dan tahniah pada guru,pelajar dan semua yang telah berusaha gigih (kita yakin Allah akan beri kejayaan kepada mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh). Maktab tempat ke4 semua A dari 36 mrsm. Pelajar Ulul Albab, usaha dengan lebih gigih lagi, insyaAllah tahun depan kita juara."
 
                                             kata-kata pengetua ana kata atas...taniah buat semua...


Saturday, November 27, 2010

wahai mujahid dan mujahidah...

wahai mujahid ,mujahidah,
engkau berjihad di medan ilmu,
berjihadlah demi yang Esa,
supaya martabatmu ditingkatkan,
biarlah onak duri,
rintangan datang bertimpa-timpa,
namun setiap permata yang gugur,
menandakan ketabahan dan kesabaranmu,
tempuhlah dengan suka dan duka,
ditemani nur serta sunnah rasullulah,
tidak lupakan pedamping kubur,
Al-quran Al -karim,
berusahalah kamu mencarinya,
hinggalah kamu akhirnya,
SYAHID...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, November 26, 2010

peminat misteri.............

salam semua..
nak tahu tak...
mak saudara ana kena kacau dengan peminat misteri..
kesian mak saudara ana..tertanya-tanya dia siapa la yang kacau dia..
kekadang ana suka..kekadang ana rasa kesian juga kat mak saudara ana tu.

setiap orang mesti suka kan ada peminat misteri,
kekadang ana pun suka dan mengharapkan ada peminat misteri tu,
tapikan tidakkah kita tahu bahawa peminat misteri boleh membawa kemudaratan..

jikalau kita dah suka seseorang itu kenapa tidak kita berterus-terang sahaja..
buat cara islam,mengikut syariat..
bukanlah dengan cara misteri..
kononnya misteri la tu...
kekadang dengan cara 'peminat misteri' ni bolah mendatangkan kebencian seseorang
tp peminat misteri ini turut boleh mendatangkan kelalaian orang yang diminati itu..
lalai dengan kata2 manis,surat layang,mesej,telefon dan sekutu dengannya..

nasihat ana pada 'peminat2 misteri' kat luar tu..
mmglah itu adalah hak dan privasi kita namun adalah lebih baik jikalau kita berterus-terang,
berjumpa denganya,berkenalan dengan parent dia,
barulah senang nak buat apa seterusnya..
mengikut syariat eh..
jgn buat yang bukan2..

*bukan niat ana nak menghalang hak dan privasi anda tetapi hanyalah sebagai nasihat..

Andainya....

Oh tuhan,
saat hati ini merasa peritnya,
menahan rindu pada seseorang,
iman dan takwa terasa goyah,

oh tuhan,
kenapa perasaan ini timbul pada bukan waktunya,
saat hati bergetar menatap wajah
yang dirindui,

oh tuhan,
perasaan ini tak dapat ku nafikan,
semakin membara,
semakin ingin ku lupakan,
semakin meronta-ronta hati ini minta diingatkan,

oh tuhan,
aku tak mungkin dapat bertahan,
jauhilah perasaan ini,
kerana perasaan ini,
hanyalah membuatkan ku lalai dan alpa,

oh tuhan,
jauhkan perasaan ini,
kerana ini membuatkan al-quran berjauh hati denganku,

oh tuhan,
andai dia bukan milikku,
andai dia bukan jodohku,
andai dia bukan pilihanku,
andai dia bukan takdirku,
andai dia bukan pilihan orang tuaku,
andai dia bukan seorang pendamping yang baik,
andai dia bukan pelindung yang tulus,
dan andai dia bukan hidup serta matiku,
hilangkanlah perasaan ini dari jiwa,
nafikan perasaan ini dari jiwa,
tarikkan perasaan ini dari jiwa,
jauhkan mataku,hatiku,mindaku
dari mengingatinya,

oh tuhan,
dengarkanlah rintihan hambamu ini yang
menderita sakit batin,
batinku meronta minta dilepaskan,

oh tuhan,
aku benci diriku yang alpa darimu,
jauhkan dan lindungkan ku,
kerna Dikau cinta sejatiku,
Dikau yang Maha Pecinta...

*puisi ini dikarang oleh ana sendiri ketika sakit menahan derita di batin

Thursday, November 25, 2010

cinta ke suka???? atau takde lansung...

salam semua..
diharapkan semua sihat dan iman mangkin mantap hari ke hari..
kenapa ana tiba2 jer nak tulis tajuk ni,
sewaktu ana duk jenguk laman web iluvislam,ana ada terbaca satu artikel pasal cinta vs suka..

ramai orang kata kalau kita cintakan seseorang hati kita akan berdebar apabila berjumpa dengan si dia..
tapi bagaimana pula kalau kita jumpa orang yang kita suka?
adakah hati ini pun berdebar juga?
tidak hati ini akan berbunga bila kita jumpa orang yang kita suka...

namun apakah perasaan kita apabila berjumpa dengan yang Esa..
apakah berdebar?
apakah berbunga?
ataupun
takde perasaan lansung...

cuba kita fikirkan apakah perasaan itu sama bila kita berjumpa dengan orang yang kita cintai, kita sukai itu
sama apabila kita berjumpa dengan yang Esa..

alangkah bagusnya kalau perasaan itu sama,
kita mengakui kita mencintaiNya,
namun kalau sikit pun getaran itu tiada,
alangkah ruginya,
tidakkah kita malu dan sedar,
bahawa perasaan kita terhadap yang kita cintai itu,
yang kita sukai itu hanyalah pinjaman,
diulangi
PINJAMAN SEMATA-MATA

ana bukanlah seorang yang warak sangat pun
tetapi ana berharap agar kita dapat mengubahkan perasaan kita apabila berjumpa dengan si 'Dia'...
insya-ALLAH..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

selamat bercuti semua!!!

Pejam celik,pejam celik x sangka dah akhir tahun rupanya..
macam berlaku pada tahun ni,
pelbagai kenangan yang terukir indah di dalam kotak memori ana,
pelbagai dugaan yang perit yang terpaksa ana tempuh,
kekadang tu tak tahan jugak ana,
namun ana yakin bahawa ALLAH sentiasa di samping ana,
masuk akhir tahun ni nak masuk tahun baru nanti pelbagai kerja sekolah menanti,
urgh,stress,tension..
x tahu la nak buat macam mana,
tapi xper ana tahu setiap kerja yg diberi oleh guru nanti membawa faedah untuk ana jugak..
anyway nak ucap..
SELAMAT BERCUTI..DAN JAGA KESELEMATAN

my first day with my new blog

salam to all

Pada pukul 12.59 tgh malam bertarikh 25 November merupakan hari pertama ana bersama blog ana yg baru. Sebelum ni ana pernah ada blog tp itu sewaktu ana berumur dlm lingkungan umur hingusan...ana tertarik nak buat blog baru sbb ana jenguk blog kwn baru ana and bapa sedara punya blog. Tujuan ana buat blog baru ni sbb ana nak blog ni menjadi blog sebaran agama, blog perbincangan, dan blog untuk kita semua. Kekadang ana rasa menyesal kenapalah ana tidak menggunakan kemudahan internet dgn perkara berfaedah. Ana sungguh rugi dan menyesal. Kalaulah dapat ana putarkan masa...selepas ni ana takkan membuang masa melakukan perkara yg tidak berfaedah..Insya-ALLAH...semoga ALLAH senantiasa merahmati kita semua....



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini