Bismillahirahmanirahim....
Semoga sahabat semua sihat belaker dan ditambah dengan keimanan di dalam hati.
Pejam celik,pejam celik..
tak sangka tahun yang kita alami sekarang ni sudah hendak berakhir rupanya.
Tahun depan adalah tahun yang mendebarkan ana sebab ana ambil PMR..
tahun depan adalah tahun yang lagi mendebarkan kedua ibu bapa ana sebab tahun depan dua orang anak mereka mengambil peperiksaan yang besar,
ana ambil PMR,
adik ana Aiman ambil UPSR.
Phew!
Ana pun tak tahu macam mana tapi itulah hidup,
semakin usia kita makin panjang,
semakin dekat ajal mendatang.
Cuba kita renungkan..
pada tahun 2010 ini..
apakah telah kita lakukan untuk menambahkan iman di dada,
mendekatkan diri kita pada yang Esa,
menjadi seseorang pejuang ilmu dengan menyebarkan dakwah..
ataupun...
menjadi seorang kaki lepak yang tegar,
menjadi seorang kaki ponteng,
malas belajar.
Mana satukah antara di atas yang telah anda lakukan,
yang baik ATAUPUN yang buruk...
Pada awal tahun 2010,
setiap insan menanamkan azam yang baru pada dirinya,
sudah tentu,
termasuklah ana,
namun pernahkah kita meresasikan azam tersebut
atau
hanyalah ditiup angin sahaja..
Mungkin ada yang melakukanya,
tapi hanya segelintir sahaja...
ingat..
IMPIAN - USAHA = ANGAN-ANGAN
USAHA - IMPIAN = SIA-SIA
hanyalah
IMPIAN + USAHA
membuahkan
KEJAYAAN...
tidak perlu hanyalah dengan
AKU INGIN MENDAPAT KERETA FERRARI
tanpa usaha untuk mendapatkanya,
tidak perlulah dengan hanya
AKU MAHU MENJEJAK KE UNIVERSITI MALAYA
tanpa usaha dengan rajin belajar dengan cara yang betul.
Kalau semua kenyataan di atas dilakukan oleh semua orang..
apa yang terjadi hanyalah..
SIA-SIA BELAKA..
KETUK HATI,
TANYA IMAN,
KETUK DADA,
TANYALAH AKAL.
Tidak semua menyedari sikap tersebut,
bagi mereka,
"Alah aku dah buat yang terbaik dah"
"Alah nanti aku buat la"
"Alah esokkan ada lagi, apa nak cepat sangat"
NYAHKAN sikap buruk itu,
kita tanam sikap yang positif,
BUANGKAN perkataan yang negatif,
kita mulakan dengan perkataan yang baik.
Tidak perlulah terlalu kuat bekerja
sehingga menjadi stress,tertekan,
YA! memang adat dunia,
belajar sampai tertekan,
bekerja sampai stress,
namun kita dapat mengubahnya,
hanyalah dengan
mendekatkan diri kita padaNya.
Namun jikalau ada usaha namun tiada impian,
sia-sia belaka,
IBARAT MEMANDU TANPA HALA TUJU ATAU DESTINI YANG BETUL
Ikut jer nak kemana,
kalau jalan belok,
kita belok,
jalan lurus,
luruslah,
hanyalah habiskan minyak dan tenaga,
kalau begitu baiklah duduk di rumah,
berehat sahaja sepanjang hari.
Jadi apa kata sempena tahun baru ini,
kita tanam azam baru,
kita bangkit semangat baru,
kita tiupkan motivasi dalam diri,
YANG PASTI
KITA MESTI YAKIN BAHAWA KITA BOLEH BUAT.
"If you believe you will achive"
